Kepentingan Permainan video padanan jubin

Menurut banci yang dirujuk oleh Juul, di antara permainan video kasual yang boleh dimuat turun, permainan padanan jubin merupakan jenis permainan kedua paling popular pada tahun 2004 dan paling popular pada tahun 2005. Selepas daripada itu, populariti mereka menurun: permainan jenis sedemikian menduduki tempa keempat paling popular daripada berbilang genre pada tahun 2006 dan 2007, dan pada tahun 2008 penerbit permainan merujuk permainan jenis sedemikian sebagai genre "niche".[21] Namun apabila permainan sedemikian menjadi terkenal dan oleh itu diandaikan boleh dimainkan dengan serta-merta oleh ramai orang, permainan padanan jubin berpindah ke saluran pengedaran lain yang lebih meluas seperti telefon bimbit dan telefon pintar.[2]

Walaupun populariti pasarannya, permainan padanan jubin adalah antara permainan yang mempunyai status paling rendah dalam kalangan peminat permainan video, sehinggakan pengkritik menasihatkan pemain supaya tidak malu bermain permainan yang sedemikian. Ini mungkin kerana pengkritik menganggap bahawa terdapat terlalu banyak permainan jenis ini, yang hanya mempunyai perbezaan kecil antara satu sama lain. Ini juga mungkin kerana, sebagai permainan kasual, permainan padanan jubin direka bentuk agar mesra pengguna, ringkas dan mudah dimain, yang bercanggah dengan etos permainan video tradisional yang lebih kepada permainan yang mencabar.[22]